Dahulunya Perdana Park ini dikenali sebagai Hone Place. Ia merupakan kawasan perumahan (quarters) kakitangan kerajaan sebelum terbiar buat beberapa lama. Terdapat pelbagai cadangan dibuat bagi memajukan kawasan ini termasuklah mendirikan pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Rumah Persatuan Wanita Sabah. Namun, akhirnya kerajaan negeri dengan bantuan syarikat Timatch Sdn Bhd telah bersetuju membina kawasan rekrasi awam di sini.
Kerja-kerja awal dimulakan sejak tahun 2006 dan ianya siap serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak pada 28hb Januari 2011.
Ciri-Ciri Utama Perdana Park
Perdana Park adalah sebuah taman rekreasi yang berteraskan cintakan alam sekitar. Atas sebab itu, ia dijaga rapi dari segi kebersihan dan banyak pokok-pokok ditanam bagi memberi suasana segar di taman ini. Majoriti besar tempat jogging di sini agak redup kerana dilindungi oleh pokok-pokok yang subur dan dijaga rapi.
Amat sesuai dikunjungi diwaktu pagi dan petang.
Smoke Free Zone
Merokok adalah dilarang sama sekali (Non-Smoking Area). Ini telah diimplementasikan sejak awal pembukaannya lagi. Pengunjung yang merokok akan ditegur oleh Pengawal Keselamatan agar merokok di luar kawasan taman. Sila hormati dan patuhi arahan ini.Cara hidup sihat adalah disokong oleh pihak pengurusan Perdana Park Tanjung Aru ini. Inisiatif ini diberikan penghargaan oleh Kementerian Kesihatan menerusi Blue Ribbon Award 2015.
Mesra OKU
Ia juga mesra OKU dengan pelbagai kemudahan disediakan untuk golongan istimewa ini. Ini termasuklah laluan mesra-OKU dan tandas awam khas buat golongan OKU.Musical Fountain
Tarikan utama di tempat ini adalah musical fountain ataupun air pancut berirama. Persembahan bermula dari pukul 7.30 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Ada masa rehat diselang seli dengan persembahan air pancut ini.
Air pancut sebegini adalah yang pertama di Sabah dan ia ternyata menarik ramai pengunjung ke sini terutama di hujung minggu. Kanak-kanak sukakan warna warni dan pergerakan air pancut. Remaja pula sibuk ber'selfie' di hadapan air pancut ini.
Air pancut sebegini adalah yang pertama di Sabah dan ia ternyata menarik ramai pengunjung ke sini terutama di hujung minggu. Kanak-kanak sukakan warna warni dan pergerakan air pancut. Remaja pula sibuk ber'selfie' di hadapan air pancut ini.
Bersenam Dan Jogging
Kawasan ini memang luas dan sesuai untuk bersenam dan berjogging. Awal pagi lagi telah ada pengunjung tiba dan berjogging. Ia agak selesa dengan panorama yang menarik lagi cantik. Sesunggunya Perdana Park Tanjung Aru dibina bagi tujuan ini.Lihat sahaja trek jogging yang disediakan. Di kiri-kanan trek terdapat banyak tempat bersenam/alatan bersenam untuk anda semua gunakan.
Penat? Kehausan? Jangan risau, minuman yang bersih PERCUMA disediakan di sini, ihsan syarikat air Timatch. Tak perlu ada bawa bekal air ke sini ya.
Taman Permainan Kanak-Kanak
Sementara ibubapa sibuk berjogging, kakak-kakak dan abang-abang sibuk ber'selfie', si kecil boleh bermain-main di taman permainan kanak-kanak (playground). Ada banyak permainan di sediakan di sini. Rasanya, dua-tiga jam bermain pun mereka tidak akan jemu.Ia dijaga baik oleh pihak pengurusan. Selamat untuk anak-anak anda.
Mencari Pokemon
Kegilaan masa kini! Terdapat banyak Pokestop di sini dan Pokemon yang menarik untuk anda cari dan tangkap. Tambahkan XP, Stardust dan Candy anda. Jadilah Pokemon Hero di sini.
Makan-Makan
Terdapat kedai-kedai makan untuk anda berehat dan bersantai seisi keluarga sambil menikmati udara segar dan persembahan air pancut berirama.Waktu Operasi
Perdana Park dibuka setiap hari termasuk hari minggu dan cuti umum. Tertakluk kepada perubahan oleh pihak pengurusan, waktu operasi taman ini adalah:- Isnin - Khamis - 6 pagi hingga 10 malam
- Jumaat - Ahad & Cuti umum - 6 pagi hingga 11 malam
- Malam Cuti Umum (Eve of Public Holiday) - 6 pagi hingga 12.30 malam
Caj Parkir
Caj parkir adalah untuk sekali masuk sahaja dan tidak kira berapa lama anda parkir di dalam taman. Untuk kereta, caj nya adalah RM 1. 50 sen untuk motorsikal. Manakala bas dan lori pula dikenakan caj RM 3.(Tertakluk kepada perubahan)
Jom ronda-ronda di Perdana Park Kota Kinabalu... :D
0 Response to "Perdana Park Tanjung Aru Kota Kinabalu "
Post a Comment