Sekolah rendah, SK Bukit Padang Kota Kinabalu adalah terletak di kawasan Bukit Padang dan tidak jauh dari Taman Tun Fuad Stephens. SK Bukit Padang tahun lalu telah menjalani baik pulih yang intensif dan kini bangunannya tampak baru dan lebih menarik. Ia juga dilengkapi dengan bangunan murid-murid pra-sekolah dan surau yang agak luas dan bersih. Satu sahaja kekurangan sekolah ini iaitu tidak mempunyai dewan rasmi bagi majlis-majlis rasmi sekolah.
Didokongi oleh guru besar yang amat berdidikasi, Tuan Hj Jaafar dan guru-guru yang komited, sekolah SK Bukit Padang semakin meningkat prestasi dari segi akademik dan ko-kurikulum. Pencapaian pelajar-pelajar mereka dilihat semakin baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan gerak kerja sukan serta ko-kurikulum yang lain.
0 Response to "SK Bukit Padang Kota Kinabalu"
Post a Comment