Ditengah-tengah kesesakan kota dan kepanasan bandar Kota Kinabalu, terdapat juga tempat rehat yang aman damai, tenang dan sejuk sesejuk di daerah Ranau. Itulah istimewanya Bukit Kokol yang terletak tidak jauh dari pekan Menggatal dan kira-kira 30 minit dari bandaraya Kota Kinabalu. Ada beberapa tempat penginapan yang selesa lagi murah di sana dan ini termasuklah Kasih Sayang Resort Bukit Kokol.
Kasih Sayang Resort ini sebenarnya adalah sebuah tempat perubatan (health center), yang mana anda boleh merehatkan badan dan fikiran sambil mengambil pakej menghilangkan toksid dalam badan, urutan, mandian herba dan lain-lain lagi.
Jika mahu makan, ada Cloud 9 Restaurant yang menghidangkan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Bilik/penginapan yang disediakan agak bersih dan dan menarik. Air-cond tidak diperlukan kerana cuaca yang sejuk di kawasan ini dan amat sejuk di waktu malam.
Kalau rajin, jom pergi ke Kasih Sayang Resort di Bukit Kokol.
0 Response to "Kasih Sayang Resort Bukit Kokol Kota Kinabalu"
Post a Comment