Pasar minggu Gaya Street atau 'Sunday Market' Di Gaya Street Kota Kinabalu memang amat popular di bandar ini. Setiap hari minggu pastinya penuh kawasan sekitar Jalan Gaya dari Bangunan DBKK hingga ke Bangunan Tourism Sabah. Hendak cari parkir memang amat susah sekali. Adakalanya hingga terpaksa jauh berjalan kaki dekat Padang Merdeka atau kalau tak sayang duit, park sahaja di Horizon Hotel. Cajnya RM 6 sejam pertama dan RM 2 setiap jam berikutnya.
Apa Yang Boleh Di Cari Di Sunday Market Gaya Street
Hmmm.. macam-macam ada. Kalau pelancong, pastinya kraftangan, cenderahati dan buah-buahan tempatan menjadi tarikan utama mereka. Bagi orang-orang Sabah, kami akan cari sayur-sayuran yang segar, pokok-pokok bunga, mangga dan benih-benih mereka. Ada juga kopi tempatan, binatang peliharaan, barang perhiasan, pakaian, barang permainan kanak-kanak, makanan dan juga hiburan.
Harga barang-barang di sana amat murah dan biasanya lebih murah dari kedai-kedai biasa. Bila beli jangan lupa tawar menawar ya. Dapatkan harga terendah. Biasanya pelancong selalu kena kelentong sikit. Oleh itu, kena hati-hati sedikit.
Waktu Pergi Ke Sunday Market
Pergi lah awal pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan panas matahari. Waktu yang sesuai adalah dari pukul 7 hingga 8 pagi. Orang Semenanjung take note yang 7 pagi di Sabah dah terang betul ya.
0 Response to "Sunday Market Di Gaya Street Kota Kinabalu"
Post a Comment