Tempat ini berdekatan dengan pasar besar Kota Kinabalu, maka bukan semua view di sini adalah menarik. Namun, jika anda melihat ke laut dan bergambar di sana, wow! tempat ini amat cantik sekali terutama di waktu pagi sekitar jam 9 hingga 10 pagi. Sesuai untuk bergambar kenangan bila datang ke bandar Kota Kinabalu.
Jangan lupa bergambar juga dengan turtle, ikan dan dolphin di sana. Bukan yang hidup ya tetapi buatan manusia. Lihat gambar-gambar yang disertakan dalam entri ini. Ramai yang suka ambil gambar ikan todak membelakangkan laut ataupun Hotel Hyatt Regency.
Dekat sini, ada juga boat-boat yang membawa anda ke pulau-pulau di sekitar Sabah. Ada yang ok dan ada yang tidak. Berhati-hati sedikit sebab naik boat di laut ini perlu fikirkan soal keselamatan. Sebaiknya pergi Jesselton Point untuk menaiki boat ke pulau-pulau. Tapi kalu berani, bajet dan mahu adventure gila punya, cuba lah sahaja naik boat dari sini.
0 Response to "Pemandangan Indah Di Side Walk Jalan Tun Fuad"
Post a Comment