Kota Kinabalu is the capital of Malaysia’s Sabah state in the northern part of the island of Borneo. Often referred to as KK, it’s a coastal city partly surrounded by rainforest. It's known for its bustling markets, modern boardwalk, beaches and waterfront Kota Kinabalu City Mosque. It is also a gateway to Kinabalu National Park, the home of 4,095m-high Mount Kinabalu

Kota Kinabalu (KK) won’t immediately overwhelm you with its beauty, but you’ll soon notice its friendly locals, breathtaking fiery sunsets, blossoming arts and music scene, and rich culinary spectrum spanning Malay to Japanese, Western to Cantonese, street food to high end.



Menghirup Udara Segar Di Tanjung Aru Beach


Antara tempat yang paling tenang dan nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kebisingan dan udara tercemar bandar Kota Kinabalu adalah pantai Tanjung Aru atau Tanjung Aru Beach. Terbahagi kepada 3 iaitu pantai 1,2 dan 3. Pantai satu juga dikenali sebagai Anjung Perdana dan agak sibuk diwaktu malam dengan para pengunjung memenuhi gerai-gerai untuk makan malam dan bercerita. Jangan lupa layan 'sayap ayam bakar' Tanjung Aru yang amat terkenal di Kota Kinabalu.


Sebelah siang, Tanjung Aru memang amat cantik dengan pemandangan yang saujana mata memandang. Kalau mahu berenang pun boleh. Pantainya bersih dan ombaknya juga tidak kuat. Hati-hati jangan terlalu jauh berenang terutama di musim angin kuat kerana ada banyak perahu layar (yatch) di sana. Jangan lupa ambil gambar ya.

Tidak jauh dari pantai satu ini adalah Hotel atau Resort bertaraf 5 bintang iaitu Shangri-la’s Tanjung Aru Resort dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Jarak pantai ini dari bandar Kota Kinabalu hanyalah kira-kira 8 minit memandu dengan kereta. 

0 Response to "Menghirup Udara Segar Di Tanjung Aru Beach"

Post a Comment