Starbucks Suria Sabah adalah Starbucks yang paling lewat
sekali di buka di Kota Kinabalu Sabah. Ini kerana masa operasi kedai-kedai di
Kompleks membeli-belah di Suria Sabah memang lewat-lewat belaka. Oleh itu,
pihak pengurusan Starbucks mungkin merasakan tidak berbaloi membuka kedai
mereka awal-awal sebagaimana di Warisan Merdeka dan 1Borneo.
Starbucks Suria Sabah memang selesa dan baristar mereka amat
mesra sebagaimana di cawangan Starbucks yang lain. Ia dilengkapi Wi-Fi dan pluk
elektrik di banyak meja. Satu masaalah di kawasan tempat duduk di sebelah luar
– ia amat panas bila waktu matahari terik. Kena tutup sikit area ni ooo.
0 Response to "Minum Kopi Di Starbucks Suria Sabah"
Post a Comment