Di KK ni, antara tempat berjogging paling popular adalah di Taman Tun Fuad Stephens di Bukit Padang. Ianya tidak jauh dengan Luyang dan Lebuh Raya Lintas. Jika dari pusat ke bandar ke Taman Tun Fuad ini pula, perjalanan mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja jika jalan tidak jam. Dalam kata lain ia agak strategik dan sesuai untuk mereka yang berkerja di kota dan tidak mahu pulang terus ke rumah selepas mengerah otak berkerja di pejabat. Majid pun tidak jauh jika ingin terus bersolat magrib selepas selesai berjogging dan membersihkan diri.
Biasanya ramai orang jogging di sini disebelah petang. Pagi agak kurang sikit. Mungkin kerana ramai yang datang terdiri dari glongan yang bekerja. Hari minggu agak sesak sikit dan susah mendapat parking. Penduduk KK ramai yang pentingkan soal kesihatan. Ha ha..

Ada tempat makan dan minum di sana, tasik untuk merehatkan fikiran, urut reflexology, Water World dan beberapa tarikan lain lagi. Masuk adalah percuma dan parking pun percuma. Jom Jogging.
0 Response to "Jogging Di Taman Tun Fuad"
Post a Comment