Kota Kinabalu is the capital of Malaysia’s Sabah state in the northern part of the island of Borneo. Often referred to as KK, it’s a coastal city partly surrounded by rainforest. It's known for its bustling markets, modern boardwalk, beaches and waterfront Kota Kinabalu City Mosque. It is also a gateway to Kinabalu National Park, the home of 4,095m-high Mount Kinabalu

Kota Kinabalu (KK) won’t immediately overwhelm you with its beauty, but you’ll soon notice its friendly locals, breathtaking fiery sunsets, blossoming arts and music scene, and rich culinary spectrum spanning Malay to Japanese, Western to Cantonese, street food to high end.



Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Terletak di kawasan Likas dan merupakan masjid terbesar di Kota Kinabalu iaini lebih besar dari Masjid Negeri yang terletak di kawasan Sembulan. Ia dibuka secara rasminya pada 18hb Februari tahun 2000 oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah pada ketika itu, Tun Hj Sakaran Dandai. Imam yang pertama di masjid ini ialah Tuan Hj Aslie Abdul Karim. Manakala mereka yang pernah menjadi imam di sini ialah Tuan Hj Nahar Hj Mantamin, Datuk Hj Asmali Bachi dan kini Tuan Hj Losman Linjal dan lain-lain. Masjid ini dikatakan boleh menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu ketika dan dari segi pelancongan ia adalah salah satu tempat yang paling kerap dilawati oleh pelancong di Kota Kinabalu.


Kawasan masjid ini pada asalnya adalah pantai dan persisir laut di Kampung Likas. Ia kemudiannya di timbus pada tahun 1989 kerja-kerja menanam cerucuk mula dilakukan dan siap pada tahun 1993. Pelbagai halangan membantutkan pembangunan masjid ini, namun akhirnya pada tahun 2000 ia siap dan dapat digunakan oleh umat Islam di Kota Kinabalu. Rekebentuk Masjid Bandaraya diinspirasikan dari Masjid al-Nabawi di Madinah. Dikelilingi oleh tasik buatan manusia, Masjid Bandaraya amat cantik dan menjadi tarikan pelancong di Kota Kinabalu Sabah.

- Masjid Bandaraya Kota Kinabalu @ Ronda-Ronda Di Kota Kinabalu

0 Response to "Masjid Bandaraya Kota Kinabalu"

Post a Comment